Piagam Pelanggan


Kami, staf SMK Labu Besar dengan penuh iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh keupayaan dan kemampuan kami muntuk :-
-Memberi pendidikan kepada semua pelajar di sekolah ini tanpa mengira kebolehan mental, taraf sosial dan bangsa serta agama kearah melahirkan insan yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.
-Sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan prestasi pelajar-pelajar yang membanggakan khususnya dalam peperiksaan PMR,SPM dan STPM di peringkat daerah dan negeri.
-Memberi perhatian untuk mengembangkan potensi pelajar dalam bidang kokurikulum khususnya dalam aktiviti permainan,olahraga, persatuan dan pasukan unit berunifom demi mewujudkan kekuatan fizikaldan daya kepimpinan dalam kalangan pelajar.
-Melahirkan pelajar yang berketerampilan, bertanggunjawab, berkeupayaan dan bewawasan bagi menjamin masa hadapan pelajar yang cemerlang.
-Berazam untuk meninggikan mutu perkhidmatan khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan keupayaan diri ke tahap yang cemerlang demi kepentingan warga sekolah.
-Sentiasa berusaha memberi perkhidmatan yang berkualiti, berdedikasi, penuh mesra dan ikhlas demi mewujudkan iklim sekolah yang harmonis dan peka dengan perkembangan semasa.
-Berusaha menjalin hubungan intim antara warga sekolah dengan para waris, masyarakat setempat dan pihak luar untuk kepentingan bersama.
-Sentiasa bersikap terbuka dan bersedia menerima pandangan, cadangan, syor dan terguran yang positif daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi pelajar dan kecemerlangan sekolah.


No comments:

Post a Comment

clock